Terkenang zaman dulu-dulu...a short story written when I was in Form 2, "DEMI YANG TERSAYANG."
Dalam keindahan petang, aku melangkahkan kaki ke satu lorong kecil yang maha kotor lagi busuk. Suasana di persekitaran senyap sekali. Hanya derap sepatuku menghasilkan irama-irama sumbang. Namun walaupun begitu setidak-tidaknya ia berjaya mengurangkan keresahan yang sedang bergolak di dalam jiwaku. Kalau diikutkan hati mahu rasanya aku lari dari tempat ini tetapi demi orang yang ku sayang ku tahan jua. Sebentar kemudian aku tiba di sebuah bilik kecil. Pintunya dicat merah tetapi warna asal tersebut sudah mula merekah, meninggalkan tompok-tompok hitam yang menjijikkan. Cendawan bermaharajalela di bahagian bawahnya. Di sebelah kiri terdapat sebuah longkang yang dipenuhi sampah-sarap besar dan kecil. Bau busuk dan hanyir kuat menusuk hidungku. Aku seakan-akan lemas rasanya .
Dalam keindahan petang, aku melangkahkan kaki ke satu lorong kecil yang maha kotor lagi busuk. Suasana di persekitaran senyap sekali. Hanya derap sepatuku menghasilkan irama-irama sumbang. Namun walaupun begitu setidak-tidaknya ia berjaya mengurangkan keresahan yang sedang bergolak di dalam jiwaku. Kalau diikutkan hati mahu rasanya aku lari dari tempat ini tetapi demi orang yang ku sayang ku tahan jua. Sebentar kemudian aku tiba di sebuah bilik kecil. Pintunya dicat merah tetapi warna asal tersebut sudah mula merekah, meninggalkan tompok-tompok hitam yang menjijikkan. Cendawan bermaharajalela di bahagian bawahnya. Di sebelah kiri terdapat sebuah longkang yang dipenuhi sampah-sarap besar dan kecil. Bau busuk dan hanyir kuat menusuk hidungku. Aku seakan-akan lemas rasanya .
Tanpa menunggu lebih lama ku ketuk pintu itu. Senyap. Sejurus kemudian ketukanku bergema lagi namun masih tiada jawapan. Lantas ku tolak pintu buruk itu. Berkeriut bunyinya. Bilik kecil itu hanya berukuran 15 meter persegi sahaja .Tiada perabot, tiada hiasan. Hanya sekeping tikar usang penyeri lantai hitam yang kotor. Di satu sudut terdapat sebuah gelas yang telah retak, sebuah pinggan sumbing dan cerek yang bocor manakala di suatu sudut yang lain sehelai sejadah dan kain dilipat kemas. Dindingnya cuma dihiasi sebuah songkok hitam yang telah pudar warnanya. Ku halakan pula pandanganku ke atas. Atap zink itu sudah berlubang-lubang. Kalau hujan kiranya pasti ia menyerbu masuk menghentam tubuhmu yang kesejukan. Oh, daifnya kehidupan bagi yang empunya bilik ini! Berbeza sekali dengan pangsapuri mewah milik ibu, banglo dua tingkat kebanggaan ayah dan chalet-chalet sewaan mereka. Aku akhirnya duduk melepaskan penat. Kenangan tiga tahun lalu menghimbau kembali diingatanku .
~~~~~~
Esok keputusan SPM akan diumumkan. Malam itu ku lihat kau resah sahaja. Aku tidak hairan jika tidurmu malam itu tidak lena.
Esok keputusan SPM akan diumumkan. Malam itu ku lihat kau resah sahaja. Aku tidak hairan jika tidurmu malam itu tidak lena.
Waktunya tiba, kau pergi dengan seribu debaran di hati. Tetapi malangnya kau gagal mempertahankan status kebanggaan keluarga. Ibu sudah sedia menanti tika kau pulang. Nombor yang tertera di atas gulungan kertasmu nampaknya semakin membuatkan ibu geram. Pangkatmu hanya 3. Aku tidak tahu mengapa ibu marah benar sedangkan dia sendiri tahu yang kau telah berusaha sedaya upayamu. Kau bersengkang mata setiap malam hanya untuk mengulangkaji pelajaranmu. Kau juga sanggup berhenti dari segala aktivitimu di sekolah walhal aku tahu kau amat cenderung dalam sukan. Kau pernah mengatakan bahawa sukan itu duniamu. Ibu sepatutnya menenangkan hatimu bukannya memukul atau menghalau kau keluar dari rumah! Setahuku ibu hanyalah ibu tiri kita. Apa hak ibu untuk menghalau kau dari rumahmu? Sesungguhnya aku amat kesal kerana gagal menghalang kehendak ibu. Sakit akibat pukulan ibu turut aku rasakan. Cemuhan ibu terhadapmu juga memedihkan hatiku. Aku benci ibu! Tetapi kau tenang sahaja. Malahan kau menasihatkanku supaya jangan ingkar akan kata-kata ibu. Betapa murninya hatimu bang.
Kau pergi hanya berbekalkan wang simpananmu yang pada firasatku hanya 500 ringgit sahaja. Aku yakin wang sebanyak itu tidak dapat menampung kehidupanmu di dunia yang serba mencabar ini. Maafkan aku kerana tidak dapat membantumu. Hanya airmataku mengiringi pemergianmu.
Tiga hari selepas peristiwa itu ayah pulang. Sebaik sahaja mengetahui perkara yang telah terjadi, ayah terus berusaha mencarimu tetapi hampa. Sejak itu rumah yang dahulunya riuh dengan gelak tawa kita dua beradik kini berwajah mendung. Hari-hari yang ku lalui amat membosankan. Sementara itu, sikap ayah terhadap ibu adalah dingin sekali. Ayah hanya menegur ibu bila perlu sahaja. Syukur alhamdulillah, akhirnya ibu insaf .
Setahun kemudian aku menduduki peperiksaan SPM. Aku berazam untuk berjaya dengan cemerlangnya dan sekaligus menebus kegagalan kau dahulu. Dengan kehendak Illahi, impianku menjadi nyata. Kejayaan ini kembali mengingatkan aku kepadamu. Lalu dengan itu ku teruskan usaha yang terbengkalai dahulu. Ku temui rakan-rakan sekelasmu dengan senjuta harapan namun nasib nampaknya masih belum menyebelahiku. Tidak seorang pun di antara mereka yang tahu di mana kau. Aku tidak putus asa dan mula menapakkan kaki ke Rumah-rumah Kebajikan Masyarakat serta Pusat-pusat Pemulihan Dadah. Malangnya kau tidak pernah ke tempat-tempat seperti itu.
Malam 3 Mac, sesungguhnya amat bererti buatku. Secara tidak sengaja aku bertemu dengan Khairul, rakan karibmu dulu. Ku pujuk dia supaya memberitahuku di mana kau berada kerana ku pasti dia tahu. Pada mulanya dia enggan tetapi setelah melihatkan kesungguhanku akhirnya satu persetujuan dicapai. Aku tiba di lorong ini …
~~~~~~~
Pintu merah itu berbunyi laksana ditolak. Aku tersentak. Lamunanku terhenti. Seorang pemuda masuk membawa sebungkus nasi. Wajahnya cengkung tidak bermaya. Mungkin kerana kerja berat. Matanya membayangkan seribu persoalan. Aku kematian kata-kata. Hanya senyuman berbunga dan mutiara penghiasnya.
“Abang !” akhirnya keluar juga ucapan itu. Dia mula mengerti. Serta-merta wajah tampan yang layu itu kembali bercahaya.
“Dik!”
~Tamat~
3 comments:
Wow.., nice story...! Macam orang sastera pun ada...!!!
cerpen kee, kisah seram kee , citer ape nie Dahlia?
Haha..up to you how you want to view it...
Post a Comment