Friday, October 9, 2009

Happy Birthday Thaqif.


Last Thursday was Thaqif’s birthday (08 October 2009). Feels like it was only yesterday that I first saw him and heard him cried. Time sure flies nowadays. At times I am afraid of not being able to remember all the important moments that I share with my children. A few months back, I wrote a story on my experience and sent it to one of the parenting magazines. I don’t think it will ever get published though. Too many competitions. (laughing...) Well, since it was already written, I am going to put it here for the purpose of sharing. Hope you enjoy it. And to Thaqif..Happy Birthday..be good and make me proud. I love you.


P/s: I am also going to say Happy Birthday to Ai Ling (Jo Ann’s daughter) who turned 3 years old on the same day.

THAQIF ANAK MAMA

"Genap aku hamil tujuh bulan, aku menerima khabar yang cukup meresahkan hati daripada suamiku. Dia terpaksa ke Brunei selama setahun untuk projek usahasama dengan Shell. Pada waktu itu, aku merasakan hatiku cukup sayu sekali. Amat sukar untuk aku bayangkan bagaimana untuk menghadapi saat-saat akhir trimester tanpa suami di sisi. Walau aku sudah pun mempunyai tiga cahayamata sebelum ini, bak kata orang, aku ini dikategorikan sebagai sudah berpengalaman, tetapi kehadiran suami ketika aku ingin bersalin amatlah kuharap-harapkan. Namun, aku cuba sedaya-upaya untuk bersabar dan redha dengan ketentuan Allah. Sepanjang ketiadaan suami, aku tetap melalui hari-hariku seperti biasa.

Apabila Ramadan tiba, aku bersyukur kerana aku masih dapat berpuasa penuh. Menjelang Syawal, aku semakin sarat dan cepat penat. Suamiku yang pulang untuk bercuti terpaksa mengambil-alih menjaga anak-anakku yang lain. Setelah berada di Malaysia lebih kurang dua minggu, suamiku kembali ke Brunei utnuk menyambung semula kerjanya. Tapi, rencana Allah tiada siapa yang tahu. Keesokan harinya tatkala aku bersiap-siap ke pejabat, aku melihat diriku lebih sembab daripada biasa. Aku juga merasa amat penat sekali. Aku membuat keputusan untuk tidak ke pejabat. Sebaliknya, aku ke klinik yang berdekatan. Apabila melihat keadaan aku, doktor terus mengambil keputusan untuk mengambil tekanan darahku. Ternyata tekanan darahku naik! Lantas aku dinasihatkan untuk terus pergi ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah di mana aku dijadualkan untuk bersalin. Aku sebenarnya dijangkakan bersalin tiga minggu lagi .

Dalam kedaan terpinga-pinga, aku terus sahaja ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Setiba di sana, Dr Fazlina telah menjalankan beberapa ujian ke atasku. Di atas nasihatnya, aku dimasukkan ke wad. Aku diberi ubat untuk menurunkan tekanan darah. Dr Fazlina memberitahuku bahawa kemungkinan besar aku akan diberi ubat yang akan memaksa aku bersalin setelah tekanan darahku stabil bagi mengelakkan bahaya kepada ibu dan bayi. Pada masa itu, laluan bayi aku sudah pun terbuka sebanyak dua sentimeter. Aku terus menelefon suamiku, memintanya segera pulang. Namun kerana suamiku bekerja di Brunei, dia memerlukan masa untuk mendapatkan tiket kapal terbang pada saat-saat akhir.

Pada tanggal 8 Oktober 2008, jam satu petang, Dr Fazlina memasukkan pil ke dalam pangkal rahimku untuk mempercepatkan bukaan laluan bayi. Sekitar pukul tujuh malam, aku sudah merasakan kontraksi yang semakin kerap dan amat menyakitkan. Oleh kerana suamiku belum tiba, hanya bidan di situ yang menemaniku. Aku tidak memberitahu suamiku tentang keadaanku kerana ketika itu dia sudah pun menaiki pesawat pulang ke KLIA. Pada saat itu, aku terasa-rasa bahawa Allah telah menetapkan bahawa aku akan menghadapi segalanya seorang diri tanpa suamiku. Pada lebih kurang jam sepuluh malam, Dr Fazlina datang dan memeriksa semula laluan bayi. Dia agak terkejut kerana laluan bayi kini sudah mencecah tujuh sentimeter. Aku memberitahunya bahawa aku sudah tidak mampu untuk menahan diri daripada meneran bayiku keluar. Dia kemudiannya mengarahkan aku dibawa ke bilik bersalin secepat mungkin. Aku terpaksa diletakkan di atas kerusi roda. Siksanya kurasa pada masa itu kerana aku sudah tidak boleh duduk lagi tanpa rasa ingin meneran. Air mataku menitis tanpa sedar. Segalanya berlaku agak pantas selepas itu.

Aku hanya ingat semua yang di dalam bilik bersalin itu sibuk mengadakan persiapan menyambut bayi kerana mereka tidak menjangka yang laluan bayiku terbuka sebegitu cepat. Apabila air ketubanku dipecahkan oleh Dr Fazlina, dia memberitahuku bahawa laluan sudah terbuka sebanyak tujuh sentimeter tetapi kala itu kedudukan bayiku masih tinggi. Namun, aku dapat merasakan seakan-akan bayiku ingin keluar segera.

Dr Fazlina akhirnya membenarkan aku untuk mencuba meneran keluar bayiku itu. Apabila aku meneran sekali, masih tiada apa-apa berlaku. Dua kali teran, aku terdengar seorang jururawat memberitahu Dr Fazlina bahawa kepala bayiku sudah nampak. Tiga kali teran, maka lahirlah bayi lelakiku seberat 2.6 kg. Itulah puteraku, Muhammad Thaqif. Alhamdullillah.

Walaupun hati sedikit terkilan kerana suamiku tidak sempat untuk berada di sisi, aku amat gembira dan bersyukur kerana segalanya berakhir tanpa apa-apa kesulitan. Aku juga amat berterima kasih pada Dr Fazlina kerana sentiasa menenangkan aku dalam menghadapi saat-saat kelahiran.

Ketika Dr Fazlina sibuk melakukan jahitan, aku tiba-tiba terasa amat lapar dan dahaga. Baru aku teringat bahawa aku tidak sempat untuk makan malam kerana pada masa itu aku sudah kesakitan. Aku dengan selambanya bertanya Dr Fazlina jika dia dapat meminta jururawat membawakan aku air Milo. Tidak lama kemudian secawan air Milo dan dua keping roti dihidangkan untuk aku semasa aku masih di dalam bilik bersalin itu.

Sesudah anakku dibersihkan oleh jururawat, dia diberikan sebentar kepadaku. Perkara pertama yang terlintas di dalam kepalaku ketika itu ialah siapa yang akan mengazankan anak aku. Dalam keadaan yang kelam-kabut tadi, aku juga tidak sempat meminta ibubapaku datang ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Suamiku juga masih belum mendarat lagi pada kala itu dan masih lagi belum menerima khabar bahawa aku telah selamat bersalin.

Air mataku mula terasa ingin keluar semula. Dr Fazlina menenangkan aku lalu berjanji akan mencari seseorang di Az-Zahrah untuk membacakan azan ke telinga anakku. Dipendekkan cerita, anakku kemudiannya diazankan oleh seorang lelaki yang bekerja di situ. Kemudian, dia diazankan semula oleh ayahku yang datang melawat tidak lama kemudian. Akhir sekali, dia diazankan oleh suamiku yang baru tiba dari Brunei sekitar jam dua belas tengah malam. Doaku moga Thaqif akan menjadi anak yang baik dan soleh kelak. Amin."

No comments: